Friday 15 March 2013

Peraturan Bilik Darjah


1. Sentiasa duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk menerima pelajaran dari guru.
2. Membawa buku dan alat-alat yang diperlukan sewaktu sesi pembelajaran.
3. Sentiasa mendengar dan bercakap bila perlu sahaja.
4. Menghantar setiap tugasan yang diberikan pada waktu yang telah ditetapkan.
5. Sentiasa memastikan bilik darjah dalam keadaan yang bersih dan teratur.
6. Elakkan pembaziran.
7. Menjaga hak kerajaan dan persendirian dengan baik.
8. Tidak menipu.
9. Sentiasa berbudi bahasa dan hormat menghormati antara satu sama lain.
10. Sentiasa mematuhi arahan guru.

Thursday 14 March 2013

AKTIVITI 3

SITUASI PERMASALAHAN...

“ish ish .. apa nak jadi dengan kelas ini”, keluh cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. “murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing”,arah cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi penagajaran tamat, cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

AKTIVITI  3: "SIAPA YANG CEPAT"

Cara Perlaksanaan:

1. Guru memperdengarkan irama sambil tunjuk cara bagi aktiviti ini terlebih dahulu. iramanya adalah seperti berikut:
"Angkat tangan kanan, pusing pusing pusing,
turun tangan kanan, letak di atas meja,
Angkat tangan kiri, pusing pusing pusing,
turun tangan kiri, letak di atas meja"

2. Apabila murid sudah dapat mengingat irama tersebut, permainan akan dimulakan.

3. Aktiviti dimulakan oleh guru. Guru akan menyanyikan irama tersebut sambil membuat gaya.

4. Apabila guru meletakkan tangan kanan di atas meja, guru akan menyebut namanya sendiri terlebih dahulu.

5. Apabila guru meletakkan tangan kiri di atas meja, guru akan menyebut nama salah seorang daripada murid.

6. Dengan pantas, murid tersebut perlu mengulang semula irama tersebut dan meneruskan permainan dengan menyebut nama murid yang lain.

7. Mana-mana murid yang lambat memberikan respon sekiranya namanya disebut akan dikira kalah dan terkeluar daripada permainan.

8. Permainan diteruskan sehingga mendapat 2 pemenang.

9. Dua pemenang tersebut akan mendapat hadiah daripada guru.

SYARAT PERMAINAN:

1. Setiap pemain perlu peka dengan nama yang disebut.
2. Pemain yang disebut namanya perlu memulakan nyanyian irama tersebut dengan pantas.
3. Pemain yang tidak memberikan respon selama 2 saat akan dikira kalah dan terkeluar daripada pertandingan.


AKTIVITI 2


Bom berangkai

Tujuan permainan :
Dalam permainan ini, sesuai sekali bila di lakukan pada waktu permulaan dan masa berakhirnya sesi pembelajaran pada masa itu untuk menarik perhatian murid untuk belajar. Permainan ini bertujuan untuk menguji ingatan dan menyampaikan maklumat dalam kalangan pelajar sendiri. sesuai dalam mata pelajaran sains untuk membantu murid-murid ingat ciri-ciri haiwan dari pelbagai kelas, hervivor, karnivor, haiwan berdarah panas, berdarah sejuk dan sebagainya. murid-murid akan mengenal ciri-ciri haiwan ini.

Langkah-langkah:
Guru membahagikan murid dalam beberapa kumpulan di dalam kelas. Seterusnya guru akan memanggil ketua di setiap kumpulan dan memberikan helaian kertas yang mempunyai gambar jenis haiwan. Ketua kumpulan tersebut di kehendaki untuk menghafal dan menggambarkan ciri-ciri gambar haiwan tersebut. Seterusnya tanpa melihat gambar tersebut setiap ketua kumpulan dikehendaki untuk kembali kepada kumpulan masing-masing dan menyampaikan gambaran bentuk dan ciri—ciri gambar haiwan tersebut tanpa menyebut nama haiwan itu. Murid yang kedua juga akan mendengar dan memahami ciri-ciri gambar tersebut dan menyampaikan maklumat itu kepada ahli kumpulan lain. Murid yang terakhir akan melukis gambar haiwan tersebut berdasarkan ciri-ciri dan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan lain tanpa di bantu oleh rakan-rakan lain.
Akhir sekali guru menunjukkan gambar tersebut dan membuat perbandingan antara gambar yang sebenar dengan gambar yang di lukis oleh murid terakhir itu.

Ulasan:
Dalam permainan ini, antara kemahiran yang ingin di tonjolkan adalah kemahiran intelek dan kognitif murid. Dalam keadaan bermain, murid-murid akan dapat belajar sesuatu. Misalnya, guru-guru memberikan gambar harimau. Murid yang pertama hendaklah menyampaikan maklumat mengenai haiwan itu, seperti makanan, rupa bentuk, tempat tinggal dan sebagainya sehingga rakan yang lain faham apakah haiwan yang dimaksudkan. Secara tidak langsung murid akan dapat belajar mengenai ciri-ciri haiwan tersebut, tergolong dari haiwan mana dan sebagainya. sebetulnya murid-murid akan lebih mudah belajar dari aktiviti bermain kerana menurut Maria Montesorri, bahawa tugas kanak-kanak adalah bermain.

AKTIVITI 1

PENGENALAN

Berdasarkan situasi yang berlaku di dalam kelas 3 Mesra, beberapa aktiviti telah dirancang untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Situasi yang berlaku jelas menunjukkan kedua-dua guru dan murid tidak memainkan peranan yang sepatutnya di dalam kelas. Sebagai guru, menjadi kewajipannya untuk cuba mengubah tingkah laku murid dan bukan hanya membiarkan mereka begitu sahaja. Aktiviti di bawah menunjukkan salah satu cara bagi mengikat peranan kedua-dua guru dan murid dalam mewujudkan pembelajaran yang positif.

AKTIVITI: TEKA SIAPA SAYA?

Subjek: Bahasa Melayu.

Bahan-bahan : Kad imbasan yang ditulis senarai nama kerjaya atau karier.

Objektif:

1-Menjana pemikiran kreatif.
2-Meningkatkan pengetahuan bahasa.
3-Mempelajari tugas setiap kerjaya.
4-Menguji IQ murid dengan tugas-tugas setiap pekerjaan.

Langkah-Langkah Pelaksanaan:

1) Permainan ini mempunyai 10 senarai pekerjaan yang berlainan yang ditulis di atas kad imbasan.

Contoh kerjaya sebagai jururawat dan doktor.

2) Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

3) Setiap kumpulan hendaklah memilih seorang wakil untuk memegang soalan-soalan tersebut.

4) Wakil kumpulan hendaklah meniru gaya pekerjaan tersebut dan ahli kumpulannya yang lain akan meneka nama pekerjaannya.

5) Contohnya wakil kumpulan yang mendapat kad nama polis diminta menunjukkan gaya seorang polis yang memegang pistol atau sebagainya supaya murid lain dapat menjawab dengan betul.


Contoh kerjaya polis, bomba dan guru.

6) Wakil kumpulan tidak dibenarkan menayangkan kad kepada ahli kumpulannya.

7) Guru hendaklah memantau setiap kumpulan agar tiada unsur-unsur penipuan berlaku.

8) Kumpulan yang dapat meneka kesemua soalan dalam masa paling singkat dikira pemenang.


Kesimpulannya:

            Aktiviti di atas menunjukkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Permainan ini melibatkan semua murid kerana aktiviti tersebut memerlukan kerjasama antara murid-murid. Murid-murid yang berbincang jawapan menunjukkan objektif meningkatkan kemahiran berkomunikasi dapat dicapai. 
            Selain itu, guru juga akan dapat memainkan peranannya dengan baik memandangkan beliau hendaklah mengawasi pergerakan murid. Hal ini kerana ketiadaan pengawasan akan menyebabkan kelas tidak terkawal.

Kebijaksanaan Ron Clark

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Entri kali ni, saya ingin berkongsi satu movie yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah...cerita ni popular di Amerika...Cerita ini merupakan kisah benar yang diceritakan semula berdasarkan pengalaman seorang cikgu yang sangat hebat...Cerita ni mengisahkan kegigihan dan usaha seorang guru yang bernama Ron Clark dalam mendidik murid yang bermasalah terutamanya dalam bilik darjah...pelbagai rintangan yang telah dihadapi olehnya untuk mengubah tingkah laku murid-muridnya itu...nak tahu berjaya atau tidak usaha Ron Clark ni, sama-sama kita tonton movie ini...ni saya belanja Link movie ni...selamat menonton...:)

http://www.youtube.com/watch?v=foRsBdbEums

PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

PENGENALAN

-Merupakan pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan.

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

-Disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini.

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

Terdapat 5 model pengurusan disiplin yang diperkenalkan iaitu:-

1-Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner
2-Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter
3-Model Akibat Logikal oleh Rudolf Dreikurs
4-Model Pengurusan Kelompok oleh Jacob S. Kounin
5-Model Terapi Realiti oleh willian Glasser

Persekitaran Pembelajaran Yang kondusif

Borich (1996) kemukakan 3 jenis persekitaran yang berbeza:

1. Berunsurkan persaingan di mana murid-murid digalakkan bersaing antara satu sama lain secara sihat. Guru pula hendaklah bersifat autokratik, iaitu P&P berjalan berpusatkan guru. Persaingan antara murid akan menggalakkan motivasi positif dalam diri murid-murid.

2. Persekitaran yang memberi penekanan dalam sudut kerjasama antara murid-murid.



3. Persekitaran yang memberi perhatian terhadap penyempurnaan tugas secara peribadi dengan bantuan guru secara minimum.

Template by:

Free Blog Templates