Thursday, 14 March 2013

AKTIVITI 3

SITUASI PERMASALAHAN...

“ish ish .. apa nak jadi dengan kelas ini”, keluh cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. “murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing”,arah cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi penagajaran tamat, cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.

AKTIVITI  3: "SIAPA YANG CEPAT"

Cara Perlaksanaan:

1. Guru memperdengarkan irama sambil tunjuk cara bagi aktiviti ini terlebih dahulu. iramanya adalah seperti berikut:
"Angkat tangan kanan, pusing pusing pusing,
turun tangan kanan, letak di atas meja,
Angkat tangan kiri, pusing pusing pusing,
turun tangan kiri, letak di atas meja"

2. Apabila murid sudah dapat mengingat irama tersebut, permainan akan dimulakan.

3. Aktiviti dimulakan oleh guru. Guru akan menyanyikan irama tersebut sambil membuat gaya.

4. Apabila guru meletakkan tangan kanan di atas meja, guru akan menyebut namanya sendiri terlebih dahulu.

5. Apabila guru meletakkan tangan kiri di atas meja, guru akan menyebut nama salah seorang daripada murid.

6. Dengan pantas, murid tersebut perlu mengulang semula irama tersebut dan meneruskan permainan dengan menyebut nama murid yang lain.

7. Mana-mana murid yang lambat memberikan respon sekiranya namanya disebut akan dikira kalah dan terkeluar daripada permainan.

8. Permainan diteruskan sehingga mendapat 2 pemenang.

9. Dua pemenang tersebut akan mendapat hadiah daripada guru.

SYARAT PERMAINAN:

1. Setiap pemain perlu peka dengan nama yang disebut.
2. Pemain yang disebut namanya perlu memulakan nyanyian irama tersebut dengan pantas.
3. Pemain yang tidak memberikan respon selama 2 saat akan dikira kalah dan terkeluar daripada pertandingan.


5 comments:

sapek said...

menarik,hilang mengantuk student kat lam kelas

Anonymous said...

Wah,aktiviti yang menarik....menguji kepekaan murid...confirm murid x tido...good job :)

Blog Si Jomo said...

wah, mau di cuba ni waktu praktikal nnti..tima kasih ya..

Unknown said...

Alhamdulillah...Permainan ini nampak simple tetapi sangat bermakna dan memberikan kesan yang positif...permainan bertujuan untuk supaya murid dapat menjadi lebih peka dan menumpukan perhatian dalam sesuatu perkara disamping mereka bermain dan berhibur...:)

B.U.S said...

boleh dipraktikkan ni.. terima kasih kerana berkongsi..

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates