PENGENALAN
Berdasarkan situasi yang berlaku di dalam kelas 3 Mesra, beberapa aktiviti telah dirancang untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Situasi yang berlaku jelas menunjukkan kedua-dua guru dan murid tidak memainkan peranan yang sepatutnya di dalam kelas. Sebagai guru, menjadi kewajipannya untuk cuba mengubah tingkah laku murid dan bukan hanya membiarkan mereka begitu sahaja. Aktiviti di bawah menunjukkan salah satu cara bagi mengikat peranan kedua-dua guru dan murid dalam mewujudkan pembelajaran yang positif.
AKTIVITI: TEKA SIAPA SAYA?
Subjek: Bahasa Melayu.
Bahan-bahan : Kad imbasan yang ditulis senarai nama kerjaya atau karier.
Objektif:
1-Menjana pemikiran kreatif.
2-Meningkatkan pengetahuan bahasa.
3-Mempelajari tugas setiap kerjaya.
4-Menguji IQ murid dengan tugas-tugas setiap pekerjaan.
Langkah-Langkah Pelaksanaan:
1) Permainan ini mempunyai 10 senarai pekerjaan yang berlainan yang ditulis di atas kad imbasan.
![]() |
Contoh kerjaya sebagai jururawat dan doktor. |
2) Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
3) Setiap kumpulan hendaklah memilih seorang wakil untuk memegang soalan-soalan tersebut.
4) Wakil kumpulan hendaklah meniru gaya pekerjaan tersebut dan ahli kumpulannya yang lain akan meneka nama pekerjaannya.
5) Contohnya wakil kumpulan yang mendapat kad nama polis diminta menunjukkan gaya seorang polis yang memegang pistol atau sebagainya supaya murid lain dapat menjawab dengan betul.
![]() |
Contoh kerjaya polis, bomba dan guru. |
6) Wakil kumpulan tidak dibenarkan menayangkan kad kepada ahli kumpulannya.
7) Guru hendaklah memantau setiap kumpulan agar tiada unsur-unsur penipuan berlaku.
8) Kumpulan yang dapat meneka kesemua soalan dalam masa paling singkat dikira pemenang.
Kesimpulannya:
11 comments:
Bilakah aktiviti ini sesuai dilakukan? Sebelum, semasa atau selepas p&p?
(y)
Good job
adakah aktiviti ini bersesuaian dengan semua peringkat?
zaleehah: aktiviti ini sesuai dilakukan semasa P&P kerana ia melibatkan tajuk pelajaran.
hai: aktiviti ini lebih sesuai diaplikasikan kepada murid tahap 1.
tq untuk komen di atas ^_^
nice..
idea yg menarik... :)
menarik..
mempuk budaya kreatif ,nice ..;)
nice blog....pororo...aktiviti yang menarik...(^^_)
boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keberanian murid..nice..
bagus2 ni aktiviti nih..kreatif..
Post a Comment