Bom berangkai
Tujuan permainan :
Dalam permainan ini, sesuai sekali bila di lakukan pada waktu
permulaan dan masa berakhirnya sesi pembelajaran pada masa itu untuk menarik
perhatian murid untuk belajar. Permainan ini bertujuan untuk menguji ingatan
dan menyampaikan maklumat dalam kalangan pelajar sendiri. sesuai dalam mata
pelajaran sains untuk membantu murid-murid ingat ciri-ciri haiwan dari pelbagai
kelas, hervivor, karnivor, haiwan berdarah panas, berdarah sejuk dan
sebagainya. murid-murid akan mengenal ciri-ciri haiwan ini.
Langkah-langkah:
Guru membahagikan murid dalam beberapa kumpulan di dalam kelas.
Seterusnya guru akan memanggil ketua di setiap kumpulan dan memberikan helaian
kertas yang mempunyai gambar jenis haiwan. Ketua kumpulan tersebut di kehendaki
untuk menghafal dan menggambarkan ciri-ciri gambar haiwan tersebut. Seterusnya
tanpa melihat gambar tersebut setiap ketua kumpulan dikehendaki untuk kembali
kepada kumpulan masing-masing dan menyampaikan gambaran bentuk dan ciri—ciri
gambar haiwan tersebut tanpa menyebut nama haiwan itu. Murid yang kedua juga
akan mendengar dan memahami ciri-ciri gambar tersebut dan menyampaikan maklumat
itu kepada ahli kumpulan lain. Murid yang terakhir akan melukis gambar haiwan
tersebut berdasarkan ciri-ciri dan maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan
lain tanpa di bantu oleh rakan-rakan lain.
Akhir sekali guru menunjukkan gambar tersebut dan membuat
perbandingan antara gambar yang sebenar dengan gambar yang di lukis oleh murid
terakhir itu.
Ulasan:
Dalam permainan ini, antara kemahiran yang ingin di tonjolkan
adalah kemahiran intelek dan kognitif murid. Dalam keadaan bermain, murid-murid
akan dapat belajar sesuatu. Misalnya, guru-guru memberikan gambar harimau.
Murid yang pertama hendaklah menyampaikan maklumat mengenai haiwan itu, seperti
makanan, rupa bentuk, tempat tinggal dan sebagainya sehingga rakan yang lain
faham apakah haiwan yang dimaksudkan. Secara tidak langsung murid akan dapat
belajar mengenai ciri-ciri haiwan tersebut, tergolong dari haiwan mana dan
sebagainya. sebetulnya murid-murid akan lebih mudah belajar dari aktiviti
bermain kerana menurut Maria Montesorri, bahawa tugas kanak-kanak adalah
bermain.
6 comments:
menarik,hilang mengantuk student kat lam kelas
adakah ini sesuai tuk smua pelajar? apepon cool idea...hehehe
nice one..
aktiviti ini sesuai untuk semua pelajar dan boleh diaplikasikan mengikut sukatan pelajaran masing-masing.
ala2 telefon berkarat tapi yg update skit..haha
alaa..puji je lah baik2 sikit..kan lecture nak tgok nnti..hahaa..byk bnde kte main..ape salahny jdkn pmainan yg kte gemar kte mskkn dalam pmbljaran..bknkh ia mnrik??
Post a Comment